Friday, November 28, 2008

Peliharalah

Salam mahabbah.
Ana baru balik daurah dan sangat letih and kena tolong kemas rumah.Ketika daurah tu, ada satu pengalaman yang amat best.Ketika itu dalam kelas Hadis pada waktu malam.Kami mengaji kitab matan arbain nawawi, hadis yang 19 yang bermaksud:
Peliharalah ALLAH nescaya DIA akan peliharamu,peliharalah ALLAH nescaya dia akan berada di hadapanmu,ketika kamu ingin meminta mintalah kepada ALLAH,dan ketika kamu perlukan pertolongan mintalah kepada ALLAH,dan ketahuilah sekiranya satu umat berhimpun untuk memberi manfaat padamu denagan sesuatu mereka tidak dapat memberi kecuali dengan ketentuan ALLAH,dan jika mereka berhimpun untuk memudaratkanmu mereka tidak memudaratkanmu kecuali dengan ketentuan ALLAH .Telah diangkat pena dan sudah kering kertas. [Riwayat Tirmidzi]
Berdasarkan ustaz Ridhwan ,muallim matapelajaran tersebut,hadis ini telah dijadikan buku oleh Syed Qurtubi,penulis buku La Tahzan,kerana hadis ini amat sesuai untuk remaja berjihad.
Kebetulan pada keesokan hari,dalam kelas Tauhid,disebabkan ramai pelajaryang syahid awal,Ustaz Sayuti telah menyuruh semua orang berkumpul dalam bilik seminar .Abang Abdul Rahman telah menunjuk sebuah musibah yang menimpa bangsa arab berlatarbelakangkan lagu arab yang agak best.Anyway, dalam video itu telah menunjukkan serangan oleh rejim Israel ke atas Palestin dan yang menentang mereka adalah kanak-kanak remaja.
Video itu membuat ana insaf tentang tujuan hidup ana yang sebenarnya dan belajar bersungguh-sungguh untuk menentang mereka yang telah menjatuhkan Islam.Tetapi ana tidak melakukan seorang diri,oleh sebab itu marilah kita sama-sama berjuang.TAKBIR!!!!!!!!

No comments: