Saturday, December 6, 2008

Inshaallah



Peristiwa ini berlaku ketika minggu pertama sekolah iaitu minggu orientasi.Ana telah ditanya oleh my favourite teacher, muallimah Khadijah tentang minggu pertama sekolah ana di Al-Azhar.Kemudian muallimah telah berkata kepada dengan serius
Omar,anta sanggupkah memikul tanggungjawab mengharumkan nama sekolah dan berjihad dalam pelajaran?
Kemudian ana menjawab
Inshaallah, ana akan mencuba sedaya upaya untuk berjihad di jalan Allah dan mengharumkan nama sekolah.
Apabila ana ditanya soalan ini ana telah ingat tujuan utama ana di sekolah .Inshaallah ana berjihad sehingga syahid. Takbir!!
ALLUHAMMANSUR AL-MUJAHIDEEN FI KULLI MAKAAN

Friday, November 28, 2008

TERLEPAS

Salam mahabbah.
Ana baru pulang dari lawatan sambil belajar dan diantara tempat kunjungan kami adalah Melaka.Di Melaka,kami telah mengunjungi Zoo Melaka.Ana terkejut melihat keadaan di sana dan berkata kepada sahabat ana,Akmal,
Akmal, ada binatang terlepaslah'.
Lalu dia menjawab
Mana?
Kemudian ana menunjuk kepada pemuda-pemudi yang tidak menutup aurat,bercoupling dan sebagainya.Mereka mempunyai akal tetapi tidak menggunakannya.Inilah sebab-sebab kejatuhan Islam dan sebab tidak dapat bangun.

Melihat gejala sosial yang berlaku sekarang,ana sedar tanggungjawab ana sebagai da'i amat besar. Perkara ini membuat ana berasa insaf dan akan cuba menjalankan tarbiah dengan sebaik mungkin.

Lengkap

Salam mahabbah,
Pada waktu malam sebelum PMR,ana telah berjumpa beberapa calon PMR tentang keadaan sebelum PMR hampir semua ora
ng menjawab dengan jawapan yang sama dan bernada selamba dan relaks iaitu : biasa saje kecuali seorang pemuda.
Pada waktu itu ana terjumpa dia di muka pintu dorm A.Di kepalanya terdapat beberapa jerawat.Ana bertanya: PMR dah nak dekat.Anta takut tak?
Lalu dia menjawab dengan penuh semangat: Inni akhafullah.
Terdengar kalimah yang bersemangat itu,ana agak terpegun dengan pemuda yang bernama Akmal itu.Kalimat itu walaupun pendek tetapi membuat ana insaf dan semangat ana membara.Alangkah hebatnya semangat pemuda ini untuk dibandingkan dengan pemuda lain.
Semoga terdapat lebih ramai pemuda seperti ini.Salam mabbah

Peliharalah

Salam mahabbah.
Ana baru balik daurah dan sangat letih and kena tolong kemas rumah.Ketika daurah tu, ada satu pengalaman yang amat best.Ketika itu dalam kelas Hadis pada waktu malam.Kami mengaji kitab matan arbain nawawi, hadis yang 19 yang bermaksud:
Peliharalah ALLAH nescaya DIA akan peliharamu,peliharalah ALLAH nescaya dia akan berada di hadapanmu,ketika kamu ingin meminta mintalah kepada ALLAH,dan ketika kamu perlukan pertolongan mintalah kepada ALLAH,dan ketahuilah sekiranya satu umat berhimpun untuk memberi manfaat padamu denagan sesuatu mereka tidak dapat memberi kecuali dengan ketentuan ALLAH,dan jika mereka berhimpun untuk memudaratkanmu mereka tidak memudaratkanmu kecuali dengan ketentuan ALLAH .Telah diangkat pena dan sudah kering kertas. [Riwayat Tirmidzi]
Berdasarkan ustaz Ridhwan ,muallim matapelajaran tersebut,hadis ini telah dijadikan buku oleh Syed Qurtubi,penulis buku La Tahzan,kerana hadis ini amat sesuai untuk remaja berjihad.
Kebetulan pada keesokan hari,dalam kelas Tauhid,disebabkan ramai pelajaryang syahid awal,Ustaz Sayuti telah menyuruh semua orang berkumpul dalam bilik seminar .Abang Abdul Rahman telah menunjuk sebuah musibah yang menimpa bangsa arab berlatarbelakangkan lagu arab yang agak best.Anyway, dalam video itu telah menunjukkan serangan oleh rejim Israel ke atas Palestin dan yang menentang mereka adalah kanak-kanak remaja.
Video itu membuat ana insaf tentang tujuan hidup ana yang sebenarnya dan belajar bersungguh-sungguh untuk menentang mereka yang telah menjatuhkan Islam.Tetapi ana tidak melakukan seorang diri,oleh sebab itu marilah kita sama-sama berjuang.TAKBIR!!!!!!!!